Studio game indie · Malaysia

Game lokal yang gila-gila sedap dimain.

Kami buat game santai yang penuh rasa Malaysia: warung, mamak, kucing oren dan jiran yang suka sabotaj. Semua boleh dimain terus dalam browser, percuma.

2game dah live
132build Warung Wars setakat ni
1game baru sedang dimasak
Jalan dalam Warung Wars: kedai Warung Hemsem di tengah, Kak Ton dan Ah Seng di kiri kanan, pelanggan beratur
Kak Ton sabotaj lagi!
🐈 Kucing Oren singgah
Game kami

Dah boleh main sekarang

Tiada download, tiada daftar akaun. Buka link, terus main di telefon atau komputer.

Skrin Warung Wars di desktop dengan jalan kedai dan panel LIVE UPDATE
TycoonPixel artBrowserPercuma

Warung Wars

Buka warung depan rumah, jual nasi lemak dan teh ais, dan kalahkan Kak Ton dan Ah Seng yang berniaga sebelah. Upah staf, naikkan REP, elak DBKL, dan capai RM100,000 dengan REP 100.

  • Leaderboard TOP 50 seluruh Malaysia
  • Cuaca ubah selera pelanggan
  • 120 Pelaris dengan ikon pixel sendiri
  • Sabotaj: Lepaskan Tikus, Sebar Fitnah
  • Skill tree 4 cabang
  • Lagu tema chiptune "Zapin Warung"
warungwars.gilagames.com
BARU
PuzzlePerkataanBrowserPercuma

Spell Bricks

Game terbaru GilaGames. Susun huruf, bina perkataan, dan pecahkan bata satu demi satu. Sesuai untuk main sekejap waktu rehat atau lama-lama sampai lupa masa.

spellbricks.gilagames.com
Akan datang · Teaser #1

Hello Hati

Ada hati yang menunggu untuk disapa. Game ketiga GilaGames sedang dimasak, dan buat masa ni itu sahaja yang kami boleh cerita.

Genre: rahsiaTarikh: tak lama lagiPlatform: browser
Ikuti berita terkini
Berita & update

Apa yang baru

Spell Bricks · Pelancaran

Spell Bricks kini live

Game kedua GilaGames dah boleh dimain di spellbricks.gilagames.com. Cuba, dan beritahu kami perkataan paling panjang yang ko berjaya bina.

Main sekarang
Studio

Teaser pertama Hello Hati

Game ketiga kami diumumkan. Butiran lain akan dikongsi sedikit demi sedikit.

Warung Wars · Build 132

Alamat baru: warungwars.gilagames.com

Link lama warungwars.pages.dev masih berfungsi.

Warung Wars · Build 131

Kaunter pemain live

Halaman utama kini tunjuk berapa orang tengah main dan berapa main hari ni.

Warung Wars · Build 128

Lagu tema "Zapin Warung"

Muzik chiptune rasa zapin dengan gambus, seruling, gendang dan kompang.

Warung Wars · Build 116

Pelanggan order makan + minum

Pelanggan kini beli set. Naik taraf air ko pun boleh tarik lebih ramai orang.

Warung Wars · Build 94

Leaderboard global TOP 50

Menang Stage 1 dan hantar nama warung ko ke carta seluruh Malaysia.

Galeri · Screenshot

Intai dalam Warung Wars

Screenshot sebenar dari game. Tekan gambar untuk besarkan.

Tentang studio

Kecil, tapi gila.

GilaGames ialah studio indie dari Malaysia. Kami buat game yang orang Malaysia terus faham: lawak dia, makanan dia, perangai jiran dia. Setiap game dibina terbuka, dikemaskini kerap, dan ikut cadangan pemain.

Ada idea, jumpa bug, atau nak bekerjasama? Ruangan hubungi akan ditambah di sini.

2game live di gilagames.com
132build Warung Wars sejak mula
Logo kami: controller yang dianyam macam ketupat. Game, tapi rasa kampung.